Pelanggan Borong Barang Keperluan, Ingatkan Bagi Percuma Rupa-Rupanya…

pelanggan borong makanan

Sekarang ni, pemberian food bank jadi salah satu usaha yang dilakukan bagi mereka yang berkemampuan untuk menolong individu yang memerlukan.

Tetapi, perlu diingat penerimaan maklumat juga penting bagi mengelakkan berlaku salah faham antara dua pihak.

Macam yang berlaku terhadap seorang individu ini, dia berkongsi kisahnya di Facebook dengan akaun Muhd Hafiz Zainuddin menceritakan seorang pelanggan datang ke kedai runcit dan mengambil stok makanan. Menurutnya, stok makanan yang diambil oleh pelanggan tersebut kelihatan seperti untuk stok makanan sebulan.

“Ada customer mai datang ambil barang macam stok untuk sebulan” 

foodbank selangor
Sumber : Facebook
foodbank selangor
Sumber : Facebook

Lalu, adik kepada lelaki berkenaan mengira jumlah barang-barang yang diambil oleh pelanggan namun apa yang membuatkan pemilik kedai terkejut ialah pelanggan tersebut menegurnya kerana mengira jumlah barang-barang yang diambil.

Advertisement

“Eh kenapa kira? Bukan kedai ni bagi free ke saya tengok kat iklan”

foodbank selangor
Sumber : Facebook Jaya Mart Grocer

Pemilik kedai memaklumkan yang barang percuma itu ialah barang keperluan asas yang diletakkan di bahagian rak hadapan kedai dan pemberian itu juga dihadkan supaya ramai lagi yang boleh mendapatkan bekalan makanan percuma tersebut.

foodbank selangor
Sumber : Facebook

Menjengah ruangan komen posting tersebut, ramai warganet yang memberi respon atas tindakan yang dilakukan oleh individu berkenaan.

foodbank free
Sumber : Facebook
foodbank free
Sumber : Facebook

Sumber

SUMBERFacebook

Comments