Pelanggan Restoran Berhenti Makan Dan Terus Berdiri Apabila Lagu Negaraku Berkumandang

3072

Bagi menghayati semangat kemerdekaan dalam diri rakyat Malaysia, sebuah restoran sengaja memasang lagu Negaraku untuk melihat reaksi pelanggannya.

Sebaik lagu diputarkan, pelanggan restoran itu serta-merta berhenti makan dan berdiri sebagai tanda penghormatan.

Ternyata para pelanggan di restoran ini bangun dan ada juga yang menghayati lagu ini dengan meletakkan tangan di dada sambil menghayati lagu Negaraku.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga dilihat berhenti makan dengan serta merta berdiri untuk memberikan penghormatan kepada lagu kebangsaan.

Video ini telah dimuatnaik pada Ahad yang lalu dengan kapsyen, seorang pengusaha sebuah cafe/restoran telah memasang lagu NEGARAKU secara tiba-tiba di premisnya untuk melihat reaksi dari pelanggannya.

Menerusi status video itu juga, kelihatan ia dirakam di restoran Jibby and Co yang terletak di Empire Subang.

Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa sangat bangga dengan semangat yang ada dalam diri rakyat Malaysia.

Mereka juga bersyukur kerana rakyat Malaysia masih mempunyai rasa cinta akan negara.

rakyat Malaysia mempunyai rasa cinta pada negara

Sebagai rakyat Malaysia kita semua perlu mempunyai perasaan cinta kepada tanah air kita. Syabas diucapkan kepada pelanggan restoran tersebut.

 

Sumber: Facebook

 

Comments

comments