Pelitup Muka Yang Tajuddin Pakai Berharga Lebih RM1.6k, Biar Betul?

Tajuddin Abdul Rahman

Pelitup muka yang dipakai ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjadi perhatian baru-baru ini selepas ianya dikatakan berharga lebih RM1.6k oleh seorang pengguna Twitter. Pergh! Biar betul?

Ya, betul. Pelitup muka ini dijual pada harga RM1,699 dan merupakan produk dibawah rangkaian LG Puricare. Ianya dilengkapi dengan teknologi pembersihan udara untuk memastikan pengguna menghirup udara yang bersih.

Pelitup muka
Apa yang unik sangat pasal pelitup muka dari LG ini? Untuk pengetahuan, LG PuriCare Wearable Air Purifier ini mempunyai dua penapis HEPA H13 iaitu penapis prestasi tinggi yang sama digunakan di penapis udara premium. Ianya mampu menghapuskan partikel yang memudaratkan seperti habuk, virus, bakteria dan alergan sehingga 99.95 peratus tau.

Pelitup muka ini juga mampu mencegah pengguna daripada merasa sesak nafas dan boleh mengelakkan cermin mata berkabus bagi sesiapa yang bermata empat. Terdapat kawalan kipas pengaliran auto pada 10-55 liter per minit yang mampu memberi keselesaan bernafas pada bila-bila masa.

Advertisement

Menariknya, LG PuriCare Wearable Air Purifier ini dilengkapi dengan ciri VoiceOn yang buatkan percakapan korang akan didengari orang sekeliling dengan lebih jelas dari mikrofon dan pembesar suara yang tersedia. Pergh! Terbaik gila.

Bukan tu jer, ianya sangat bergaya dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja dengan bateri berkapasiti 1,000mAh yang mampu bertahan sehingga 8 jam penggunaan. Tambah lagi, LG juga akan keluarkan aplikasi yang membolehkan pelitup muka ini disambungkan ke Bluetooth bagi pengguna mengesan pernafasan dan menguruskannya hanya menggunakan telefon pintar sahaja.

Bagi sesiapa yang berminat, LG PuriCare Wearable Air Purifier ini bakal tiba di Malaysia pada bulan September ini dan korang boleh membelinya melalui semua pengedar sah LG serta LG Official Store di Lazada dan juga Shopee.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERAstro Awani

Comments