Peluang Bergambar Di Set Ikonik Stranger Things Untuk Pengunjung Good Vibes Festival

744

Istimewa untuk peminat rancangan popular Netflix, Stranger Things akan berada di Good Vibes Festival hujung minggu ini! Anda akan merasai sendiri Stranger Vibes dimana Netflix akan mengimbau kembali kenangan anda bersama dunia Upside Down melalui paparan set ikonik siri itu.

via GIPHY

The Byers’ living room (Musim 1)

Pastinya anda ingat set ikonik ini dimana Will terperangkap di dalam dunia Upside Down dan hanya boleh berkomunikasi dengan ibunya, Joyce.

Untuk anda merasai sendiri pengalaman itu, set ini akan dihiasi dan dipasangkan lampu-lampu dan sofa mirip seperti babak itu. Tempat ini menjadi lokasi yang menarik jika anda ingin bergambar bersama rakan-rakan.

The palace arcade (Musim 2)

Lokasi yang sering menjadi tempat berkumpul Mike dan rakannya, tempat permainan arcade. Untuk anda yang tidak pernah bermain permainan old school seperti Pac-Man, Galaga, Donkey Kong, dan Dig Dug inilah masanya.

4th of July fireworks (Musim 3)

Pertunjukan bunga api yang melitupi langit bandar Hawkins kini akan berada di Kuala Lumpur. Ini juga antara babak penting dalam siri ini menjelang episod terakhir.

Demogorgon

Makhluk yang membuat kacau bilau di Hawkins juga akan turun padang di Good Vibes Festival kali ini. Ada sesiapa yang berani nak bergambar bersama ke?

Selain itu, pameran daripada peminat Stranger Things akan dipaparkan di sana. Pameran karya dari Ong Lyn Hui, artis dari Malaysia antara yang terpilih daripada 18 orang peminat dari seluruh dunia.

Pengunjung akan menerima goodies ekslusif dari Netflix dengan menggunakan Netflix Giphy stickers di post Instagram mereka. Jadi, tunggu apa lagi?

via GIPHY

Untuk anda bergaya seperti berada di tahun 80-an, Netflix turut sertakan tips istimewa ini untuk anda.

Good Vibes Festival akan berlangsung pada 20-21 July di The Ranch Gohtong Jaya, Genting Highlands. Jangan lupa memakai pakaian ala 80-an untuk merasai Stranger Vibes di sana!

Untuk maklumat lanjut boleh ikuti laman Instagram Netflix Malaysia dan Good Vibes Festival.

Comments

comments