Pemandu E-Hailing Tak Perlu Tukar Kod Kenderaan Persendirian Kepada AH

817

Pemandu e-hailing tidak perlu tukar kod kenderaan persendirian. Sebelum itu, MyCar telah pun membuka permohonan permit.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, mengesahkan tiada pertukaran status kenderaan persendirian kepada kenderaan persendirian e-hailing.

Pada dua bulan lepas, semua pemandu e-hailing perlu menukar kod kenderaan persendirian kepada kod AH di JPJ sebagai salah satu syarat untuk menjadi pemandu e-hailing.

Menurutnya, syarat itu diputuskan selepas perbincangan di antara Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini selepas menerima rungutan daripada pemandu e-hailing khususnya pemandu Grab.

Saya telah bincang dengan pihak JPJ, dan kita telah setuju untuk longgarkan syarat ini.

Ini bermaksud dia (pemandu e-hailing) tidak perlu tukar kategori dan boleh kekal sebagai kereta persendirian.

Namun begitu, Loke berkata kenderaan yang digunakan untuk e-hailing perlu ada lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV), insurans untuk penumpang, pelekat e-hailing dan permit kenderaan e-hailing (EVP) daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Comments

comments