Pemandu Kereta Toyota Camry Yang Terlibat Dalam Kes Langgar Lari Akhirnya Ditahan

Sebuah kejadian yang melibatkan kenderaan Toyota Camry yang melanggar sebuah motosikal di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak telah dirakamkan dan dimuatnaik ke media sosial.

Berdasarkan video tular tersebut, kereta Toyota Camry tersebut telah melanggar-lari sebuah motosikal apabila memasuki lorong kecemasan dengan cuai dan tidak bertanggungjawab.

Lebih menyedihkan adalah apabila kereta tersebut langsung tidak berhenti dan terus melarikan diri dari lokasi kejadian.

Terkini, pihak polis telah berjaya menahan pemandu kereta tersebut dan sehingga kini tiada ulasan mengenai tindakan seterusnya oleh pihak polis.

Berhati-hatilah di jalan raya terutamanya apabila anda menunggan motosikal. Buat pemandu kereta pula, jangan ingat anda seorang sahaja yang memandu.

Advertisement

Diharapkan video ini dijadikan iktibar supaya kita lebih berhati-hati apabila menggunakan jalan raya terutamanya lebuhraya.

Sumber : Hmetro

Comments

comments