Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian Akmal Mengaku Tak Bersalah

Seperti biasa, bila pesalah dibawa ke Mahkamah mesti mereka tidak akan mengaku bersalah walaupun sudah terbukti dia menjadi punca. Ini tentang kes melibatkan rempuhan pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja kilang pada 1 Mac lepas.

Tertuduh, K Mandave Singh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Trafik selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Izzati Zakaria.

Tertuduh diwakili peguam bela, Farah Naz Kumar telah memohon pengurangan ikat jamin dengan alasan Mandave baru tamat pengajian di sebuah universiti tempatan dan bapa tertuduh hanya bekerja sebagai pemandu teksi dengan pendapatan RM1,500.

Advertisement

This image has an empty alt attribute; its file name is 154479211_999399610599367_8255247336728855616_o-600x600.jpg

Disebabkan itu, tawaran ikat jamin RM20,000 dari Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani telah dikurangkan kepada RM10,000 oleh Majistret Nor Izzati.

Tertuduh juga diminta untuk melaporkan diri ke balai polis, lesen memandu digantung serta pasport juga dipegang mahkamah. Jika disabitkan bersalah, Mandave boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun atau tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang RM50,000 atau tidak lebih RM100,000.

Sebelum ini satu kemalangan dilaporkan selepas kenderaan jenis MPV Toyota Avanza telah merempuh Muhammad Akmal Hakim Misnan di Jalan Sungai Lembing pada jam 1.10 pagi.

Sumber

Comments