Pemandu Myvi Buat Hal Sengaja Langgar Sekatan Jalan Raya

myvi

Walaupun beberapa negeri sudah beralih daripada fasa 1 kepada fasa 2 dan 3, pihak berkuasa masih melakukan sekatan jalan raya. Ini bagi memastikan orang ramai tidak salah guna kelonggaran yang diberikan kepada mereka yang telah menerima vaksin lengkap.

Contohnya, tersebar video di aplikasi Tiktok menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi melanggar sekatan jalan raya dengan sengaja. Kejadian berlaku di hadapan bank di Jalan SerdaB ng, Kulim Kedah dan polis berjaya menahan 3 orang lelaki.

 

Advertisement
@mrkateki##myvi? Pulang – K-Clique

Ketua Polis Daerah Kulim Kedah, Superintendan Sazalee Adam memaklumkan pegawainya telah memberi isyarat untuk meminta pemandu kereta berhenti untuk pemeriksaan.

“Jarak antara pegawai dan kereta dinaiki suspek kira-kira 15 meter dan ketika diarahkan berhenti pemandunya terus memecut laju menuju ke arah mangsa.”

“Mujur mangsa sempat mengelak namun tangan kiri pegawai terbabit dilanggar hingga merosakkan portable radio (radio mudah alih) dipegangnya selain cermin sisi kiri kereta suspek turut pecah.”

 

@mrkateki##king? #WIPEITDOWN – BMW KENNY

Polis kemudian menggunakan pembesar suara untuk mengarahkan suspek berhenti tetapi mereka masih tetap memandu dalam keadaan bahaya.

Suspek yang cuba melarikan diri akhirnya berjaya ditangkap di persimpangan lampu isyarat Jalan Lunas dan berjaya dirakam pengguna jalan raya.

 

@mrkateki? Semut Berkawad – Didi & Friends

Hasil siasatan, pemandu Myvi didapati tidak mempunyai lesen memandu dan dua penumpang lagi tidak membawa kad pengenalan diri. Mereka bagaimanapun bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol. Suspek turut mengaku sengaja melanggar sekatan jalan raya walaupun mendengar arahan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) Seksyen 186 KK dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERHarian Metro

Comments