Pembeli Sanggup Beratur Untuk Dapatkan Nasi Kandar, Rupa-Rupanya Ada Najis Tikus Dan Lipas Ditemui Di Dapur

20216
restoran nasi kandar

Ini pastinya berita yang tidak menggembirakan buat peminat nasi kandar di Pulau Pinang. Pernah disenaraikan sebagai restoran nasi kandar wajib cuba di Penang, restoran ini kini diarahkan tutup atas faktor kebersihan. Restoran nasi kandar terkenal di Jalan Masjid Kapitan Keling diarahkan tutup selama 14 hari.

Baca: “Teruk Sangat Kotor Ni!”, Restoran Tomyam Dikenakan Kompaun RM1300 Dan Diarahkan Tutup

Melalui pemeriksaan yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang, mereka telah menemui najis dan air kencing tikus di kawasan dapur. Bukan saja tikus malah lipas juga turut ditemui di kawasan yang sama.

Semasa pemeriksaan, beberapa ekor tikus turut kelihatan berkeliaran di kawasan dapur premis tersebut.

premis tutup

Berdasarkan maklumat di media sosial, restoran tersebut dikenali sebagai Restoran Nasi Kandar Beratur yang sememangnya terkenal dengan barisan pembeli yang ramai. Pembeli sanggup beratur sehingga lewat malam untuk mendapatkan nasi kandar di sini.


Restoran ini dijangka tutup selama 14 hari untuk kerja-kerja pembersihan. Selain daripada restoran ini, dua pasar mini juga diarah tutup selama 14 hari berikutan terdapat kesan kehadiran makhluk perosak selain tahap kebersihannya yang tidak memuaskan.

Sebelum ini, sebuah restoran viral di media sosial apabila seekor tikus dilihat tersadai di atas ayam gantung disediakan untuk pelanggan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Ini Kotor Tahap Apa Dah Ni”, Tikus Dijumpai Tergantung Atas Ayam Di Kedai Makan

Comments

comments