Pembukaan Pusat Hiburan Jadi Salah Satu Punca Kes Baharu Di Belanda Meningkat Lima Kali Ganda

covid-19 di belanda

Sebelum ini, kerajaan Belanda telah memansuhkan hampir semua sekatan undang-undang kesihatan berhubung dengan pandemik sejak 26 Jun lalu. Pun begitu, dilaporkan kes baharu Covid-19 di negara tersebut melonjak lima kali ganda selepas kebebasan itu diumumkan.

Oleh itu, kerajaan Belanda diarahkan supaya untuk melaksanakan semula arahan sekatan bagi membendung penularan wabak.

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte sebelum ini membuat permohonan maaf kerana dikatakan ‘membuat penilaian salah’ dengan melonggarkan hampir semua sekatan Covid-19 di negara tersebut.

kerajaan belanda
Sumber : Gambar Hiasan

Beberapa punca peningkatan kes di negara itu telah dikenal pasti iaitu pembukaan pusat hiburan dan kelab-kelab malam. Jadi, sektor berkenaan diarahkan untuk tutup sehingga 13 Ogos depan.

Advertisement

Setakat ini, hampir 52,000 penduduk di Belanda dikesan positif Covid-19 sejak minggu lalu.

Sumber

SUMBERAstro Awani

Comments