Pembukaan Victoria Secret Waktu PKP 2.0 Mendapat Kritikan Ramai – Perlu Ke?

Semenjak PKP 2.0 dikuatkuasakan, ramai yang mengkritik tindakan MITI yang meluluskan permohonan pelbagai jenis perniagaan untuk dibuka seperti biasa tetapi tertakluk pada SOP.

Namun demikian, setelah kedai emas dan IKEA dibenarkan beroperasi, kini Victoria Secret pun dibenarkan beroperasi waktu PKP setelah mendapat kelulusan.

Menerusi muat naik oleh bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak yang mempersoalkan tindakan meluluskan permohonan tersebut, ramai netizen yang memberi pelbagai jenis “pendapat”.

Dah tu, laki kat rumah, bini kena la ehem-ehem sikit.

Advertisement

Ada juga yang bersimpati dengan peniaga burger yang hanya mampu beroperasi selama 2 jam akibat komitmen kerja.

Ada orang “taste tinggi”. Takkan nak isteri Dato Seri pakai bundle?

Nak pikat suami la tu…

3 jam yang lepas, Victoria Secret telah mengeluarkan kenyataan bahawa segala pakaian dalam dan pakaian tidur telah dikeluarkan dari kedai demi pematuhan SOP.

Sebenarnya, eloklah kalau dibenarkan membuka perniagaan, tetapi pihak berkuasa juga haruslah memikirkan nasib golongan SME seperti gerai burger yang terjejas akibat PKP 2.0 ini. Iyerlah kan, yang kerja dalam Victoria Secret tu pun cari makan juga.

SUMBER 

Comments