Pemerintah Korea Utara Kim Jong Un Hantar Surat Cuba Tenangkan Rakyat Korea Selatan Tentang COVID-19

kim jong un

Korea Selatan dan Korea Utara sudah sekian lama dikenali dengan perang bersaudara diantara mereka. Namun, sejak pertemuan di antara dua pemimpin negara itu pada tahun 2018, kedua-dua negara ini tidak lagi begitu kejam antara satu sama lain. Malah menampakkan sinar harapan yang mungkin boleh menyatukan mereka.

Di sebalik kekecohan penularan COVID-19 atau coronavirus, Korea Selatan tidak terkecuali menjadi antara negara yang merekodkan kes paling tinggi selain China. Setakat ini sahaja, sebanyak 6,088 kes diterima dengan jumlah kematian mencecah 36 orang di Korea Selatan.

Baca: Seorang Ahjumma Dari Gereja Sebar Covid-19 Kepada 111 Orang Di Korea Selatan

Tidak seperti jirannya, Korea Utara tidak mencatatkan sebarang kes jangkitan wabak itu walaupun ianya bunyi mencurigakan. Tetapi Korea Utara memaklumkan mereka telah menutup sempadan dengan dunia luar dan meletakkan para diplomat di dalam kawasan kuarantin.

Advertisement

Pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un turut menghantar surat kepada Korea Selatan bagi menenangkan mereka menghadapi masalah wabak tersebut. Di dalam surat itu, beliau berharap Korea Selatan sentiasa tenang dan mampu untuk mengatasi masalah ini. Beliau juga menyatakan keprihatinannya pada kesihatan rakan sejawatnya, Moon Jae-in.

kim jong un

Surat kiriman Kim Jong Un itu dilihat sebagai usaha cuba menghiburkan rakyat Korea Selatan yang sedang berusaha mengenalpasti jalan untuk membendung penularan wabak itu. Sebelum ini, laporan mengenai seorang rakyat Korea Utara yang ditembak mati selepas melarikan diri dari tempat kuarantin mengejutkan ramai pihak.

Individu tersebut yang disyaki dijangkiti COVID-19 telah pergi ke tempat mandi awam dan keluar daripada kawasan larangan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Pemerintah Korea Utara Kim Jong Un Mengarahkan Rakyat Yang Dijangkiti Coronavirus Ditembak

Sumber

Comments