Pemilik Restoran China Mengaku Letak Candu Dalam Masakan Untuk Buat Pelanggan Ketagih

127

Di China, seorang pemilik restoran mengaku meletakkan candu dalam hidangan–supaya pelanggan akan datang semula untuk makan lagi hidangannya.

Pemilik itu yang hanya dikenali sebagai Zhang, membuat pengakuan pada polis yang dia menumbuk putik pokok poppy dan memasukkannya dalam hidangan setelah salah seorang pelanggan setianya diuji positif candu dalam satu sekatan trafik awal bulan ini.

140820115735-noodle-tease-story-top-e1411674409607

Pelanggan itu, Liu Juou, 26, pada mulanya terkejut apabila dia didapati positif dengan dadah itu, tetapi berjaya membuktikan dia tidak bersalah dengan mengajak ahli keluarganya makan di restoran tersebut yang terletak di wilayah Shaanxi dan kemudiannya melakukan ujian dadah.

Zhang memberitahu dia telah membeli 2 kg putik poppy pada harga RM 300 pada bulan Ogos. Dia menumbuk putik itu dan memasukkannya ke dalam masakan ‘supaya lebih enak dan untuk memajukan perniagaan’.

del472928

Walaupun kuantiti candu yang diletakkan terlalu sedikit untuk membuatkan ketagihan, ia cukup untuk membuatkan keputusan ujian dadah menjadi positif.

Dalam sejarah, rakyat China biasa menambah candu dalam masakan, walaupun perbuatan itu telah diharamkan sejak sekian lama.

Sumber: Metro UK

Comments

comments