Pemilik Restoran Kantoi Masukkan Candu Dalam Mi Daging Untuk Buat Pelanggan Ketagih

Sepatutnya dia memperbaiki resipi mi yang dijual, tetapi seorang pemilik restoran di daerah Guangxi, China, didapati memasukkan candu ke dalam mi yang dijual bagi membuat pelanggan ketagih dan meninggikan kebarangkalian mereka untuk datang kembali ke restorannya bagi menikmati mi.

Taktik kotor pemilik restoran itu dibongkar secara tidak sengaja, apabila seseorang yang makan di restorannya di kawasan Sanjiang Autonomous didapati positif morfin, komponen aktif dalam candu, melalui satu pemeriksaan polis.

Lelaki itu yang terkejut mendakwa dia tidak mengambil dadah dah satu-satunya yang diambil olehnya kerana ketagih, hanyalah semangkuk mi di sebuah restoran tempatan.

Disebabkan itu, polis membuat pemeriksaan mengejut di restoran tersebut, di mana mereka mengambil satu contoh ‘serbuk siput babi’ yang digunakan sebagai ramuan. Ianya didapati positif sebagai morfin setelah ujian dijalankan.

Advertisement

Setelah mendapati mi yang dijual direstoran itu dicampur candu, polis menyerahkan kes itu kepada bahagian penyeliaan pasaran pentadbiran kawasan Sanjiang, yang kemudiannya menyerbu ke restoran itu semula dan menemui 76 gram serbuk biji popi.

Pemilik restoran yang dinamakan Yang ditahan kemudiannya, dan kemudian mengakui menggunakan serbuk itu untuk menjadikan pelanggan ketagih pada mi yang dijualnya dan menyebabkan mereka datang kembali untuk makan mi.

Ditanya bagaimanana dia mendapatkan serbuk biji popi tersebut, Yang memberitahu polis bahawa dia menanam pokok candu beberapa tahun sebelumnya.

Kes itu kini masih dalam siasatan.

Apa yang menarik, praktik meletakkan candu dalam mi untuk membuatkan pelanggan ketagih dan melariskan perniagaan bukan taktik baru di China.

Antara kes yang pertama dilaporkan ialah pada tahun 2014, apabila seorang pemilik restoran di daerah Shaanxi mengaku meletakkan candu dalam mi. Perbuatannya terdedah setelah seorang pelanggannya didapati positif morfin.

Malahan, selepas itu lebih banyak pendedahan dibuat, di mana berpuluh-puluh restoran lain didapati meletakkan candu dalam makanan yang dijual. Sebilangan dari mereka telah didakwa. – amazingnara.com via SETN.

Comments

comments