Pemilik Wang Kertas RM10 Dijumpai, Rupanya Pemberian Terakhir Ayah Tercinta

4172

Kalau anda perasan baru-baru ini, seorang wanita mencari pemilik sebenar kepada sekeping wang berharga RM10. Mungkin ada yang tertanya-tanya, ada apa dengan wang RM10 itu? Jika dilihatkan dengan lebih teliti, terdapat mesej istimewa yang ditulis pada not itu.

“Duit terakhir diberi oleh ayah pada 21/05/2010, hari Jumaat pada jam 7.10 pagi. Saya sayang ayah.”

wang rm10
Menerusi laman Facebooknya, Hyza Ezany yang mempunyai wang kertas itu meminta orang ramai mencari pemilik sebenar. Perkongsiannya itu mula tular di media sosial sejak kebelakangan ini apabila orang ramai mula membantu mencari pemiliknya.

Akhirnya berjumpa

Atas bantuan orang ramai, wang kertas ini kembali kepada pemilik sebenar wang itu. Rupa-rupanya dia kehilangan wang tersebut apabila dompet yang dibawanya hilang pada satu ketika dulu.

Saya berumur 17 tahun waktu tu. Ayah berikan saya RM10 masa hantarkan saya ke sekolah pada pukul 7.10 pagi. Dan malangnya, itulah kali terakhir saya berjumpa dengannya. Dia kemalangan pada hari itu dan meninggal dunia.

Sejak kehilangan dompetnya pada 1 September 2018, dia masih mencari-cari wang tersebut kerana ianya begitu bermakna padanya. Nasibnya baik apabila kini sudah menemui semula wang itu atas bantuan orang ramai.

Baru-baru ini, seorang nenek berkongsikan kisah cucunya yang berkongsi keputusan UPSR di pusara ibunya. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Kalau Mama Ada Dia Mesti Bangga”, Perkongsian Nenek Ini Buat Netizen Sebak

Comments

comments