Pemohon Rayuan BPR Dah Boleh Semak Status Kelayakan Hari Ini

BPR

Bagi sesiapa yang membuat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini, korang dah boleh semak status kelulusan rayuan berkenaan mulai hari ini.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bahawa pada hujung bulan ini, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftar semasa permohonan rayuan dibuat.

“Bayaran akan disalurkan pada penghujung September, insyaAllah.”

 

Advertisement

Jumlah peruntukan sebanyak RM240 juta akan dimanfaatkan kepada 200,000 pemohon.

Bagi sesiapa yang ingin menyemak status kelulusan ini, boleh pergi ke laman web rasmi Bantuan Prihatin Rakyat sekarang ya.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTwitter Zafrul

Comments