Pemuda Dakwa Pengakuan Cinta Diterima ‘Crush’, Rupanya Ada ‘Plot Twist’

8285

Dunia media sosial memang tidak sunyi dari kisah kelakar. Disebabkan itu kita menjadi ketagih untuk mengikuti perkembangan di media sosial walaupun tidak saling mengenali.

Salah satu kisah kelakar terbaru di Twitter ialah mengenai seorang pemuda yang mendakwa akan memberitahu seorang gadis perasaan minatnya jika dia mendapat 2,000 ulang kicau.

Ciapannya telah diulang kicau lebih 2,000 kali, maka dia mengotakan janjinya. Pemuda itu memuat naik salinan skrin perbualan WhatsApp dengan gadis yang diminatinya.




Begitu manis sekali kisah ini kerana akhirnya si gadis membalas yang dia juga meminati pemuda tersebut dan semuanya berakhir dengan gembira.

Namun demikian, ada sedikit twist pada kisah ini, apabila seorang pengguna Twitter mendedahkan gambar gadis pada profil WhatsApp crush pemuda itu ialah gambarnya.

Pemuda itu bagaimanapun menafikan bahawa gambar tersebut ialah gambar si gadis, mendakwa gadis itu mengambil kredit sesuka hati. Si gadis kemudiannya memuat naik gambarnya yang sama dengan gambar profil WhatsApp si pemuda.


Tak tahulah apa yang nak jadi dengan muda-mudi zaman sekarang. Sanggup mereka cerita demi perhatian di Internet.

Apa pun, apa yang telah berlaku memang menghiburkan. Lepas ni nak guna gambar orang, kenalah cari yang bukan dari Malaysia ya. Terima kasih. – amazingnara.com

Comments

comments