Pemuda Hantar Mesej Ingin Rogol: “I Nak Bagi You Puas Tau.”

17083

Seorang pengguna Twitter mendedahkan, dia dihantar mesej-mesej lucah dari seorang pemuda yang memberitahu ingin merogolnya. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk mendedahkan mesej-mesej yang dihantar oleh pemuda itu kepadanya.

Semuanya berpunca hanya kerana si gadis membalas komen pemuda itu di Instagram.

Sehubungan itu, si gadis telah membuat satu laporan polis terhadap pemuda itu.

“Pernah kacau orang lain juga.”


Seorang pengguna Twitter lain memberitahu pemuda itu juga pernah menghantar mesej ugutan rogol kepadanya.



Pemuda itu juga dikatakan seorang Sekretariat untuk SUKMA Johor, dan gadis itu juga telah menghubungi pihak SUKMA untuk mengambil tindakan kepada pemuda tersebut.

Ada pengguna Twitter yang mengkritik tindakan gadis itu sebagai tindakan ‘memusnahkan hidup orang lain hanya kerana bersikap biadap.’

“Block sajalah.”

“Berhenti salahkan mangsa.”


Namun begitu, ramai mempertahankan tindakan gadis tersebut kerana ia bukan kali pertama pemuda itu berkelakuan sedemikian kepada gadis-gadis dalam talian, dan dia akan terus melakukannya selagi dia tidak berdepan dengan natijah akibat perbuatannya.

Disebabkan perbuatannya telah tular, pemuda itu menghantar mesej meminta maaf dan meminta gadis itu agar ‘tidak membuka aibnya’. Namun si gadis enggan menerima permohonan maafnya.

Pemuda itu kini telah menyahaktifkan akaun Twitter dan mengunci akaun Instagramnya. – amazingnara.com

Comments

comments