Pemuda Ini Dikecam Iklankan Motosikal RX-Z Dengan Harga Mencecah RM70,000

Gambar hiasan

Diberhentikan pengeluarannya sejak tahun 2010, namun Yamaha RX-Z masih mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Oleh kerana model motorsikal ini dikatakan rare ketika ini, jangan terkejut jika ada diantara peminatnya sanggup membeli motorsikal ini dengan harga yang mahal.

Seperti yang tular baru-baru ini di media sosial, seorang pemuda yang bernama Tuan Putera Amirul telah mengiklankan Yamaha RX-Z dalam keadaan new old stock (NOS) dengan harga mencecah RM70,000.

Untuk pengetahuan, harga Yamaha RX-Z pada suatu ketika dahulu hanya sekitar RM15,000 sahaja.

Posting di Facebook

Mengejutkan, apabila ada pembeli yang sudi membeli motorsikal itu tetapi dengan tawaran harga RM55,000. Bagaimanapun, pemuda ini dikatakan masih menunggu pembeli yang sanggup membeli motorsikal yang dikatakan ‘Legend Sepanjang Zaman’ ini dengan harga RM70,000.

Advertisement

Oleh kerana harga yang ditawarkan oleh pemuda tersebut terlalu tinggi, posting tersebut telah menerima banyak kecaman. Berikutan perkara itu, pemilik sekali lagi tampil memuat naik sebuah video menjelaskan alasannya mengapa motorsikal ini dijual dengan harga yang tinggi.

Harga seat pun dah cecah RM5,000.

Menurut penjelasan yang diberikan, kesemua komponen yang terdapat pada motorsikal tersebut masing-masing telah mencecah harga ribuan ringgit iaitu RM2,000 dan RM3,500. Bukan itu sahaja, harga coverset model itu sahaja dikatakan sudah mencapai RM15,000 ketika ini.

Peminat motorsikal saja yang boleh faham kenapa harganya mahal.

Yamaha RX-Z Yamaha RX-Z Yamaha RX-Z

Motosikal keluaran Yamaha RX-Z ini bukan sahaja bergaya malah ianya berkuasa dan boleh mencecah kelajuan sehingga 180km/h. Difahamkan, cadangan untuk menghentikan pengeluarannya suatu ketika dahulu adalah untuk mengurangkan kenderaan berasap di atas jalan raya.

Jom Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments