Pemuda Kongsi Rakaman Detik Cemas Lori Terbabas Depan Mata

Lori Terbabas

Pada Khamis lepas, lori dipandu oleh seorang lelaki telah hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 10.9 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala ke arah Subang akibat pemandu memandu dalam keadaan mengantuk.

Menurut laporan daripada Harian Metro, video kemalangan yang berlaku selepas susur ke Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) itu telah tular di media sosial dan ia dipercayai adalah daripada rakaman salah seorang pengguna jalan raya ketika melalui jalan sama.

Pemandu lori yang memandu dalam keadaan mengantuk tersebut telah direman tiga hari. Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan suspek direman bermula semalam sehingga 26 September untuk siasatan lanjut.

Advertisement

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol dalam satu kenyataan semalam mengesahkan kejadian lori terbabas itu berlaku jam 8.30 pagi itu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Bakti Kebokta itu, kelihatan lori tersebut dari lorong kanan kemudian terhuyung-hayang sebelum terbabas memasuki lorong kiri lalu terbalik.

Keadaan itu menyebabkan penunggang motosikal yang merakam kejadian itu terpaksa memperlahankan dan menghentikan kenderaannya secara tiba-tiba.

Tambah Supritendan Ramsay Anak Embol lagi, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, lori dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun hilang kawalan secara tiba-tiba kerana pemandunya dipercayai tertidur lalu terbabas.

“Selang beberapa minit kemudian, sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah yang sama gagal mengelak dan terlanggar lori berkenaan. Bagaimanapun, lelaki berkenaan hanya cedera ringan,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori tersebut positif dadah jenis methamphetamine

Lori terbabas
Tangkap layar perkongsian video tersebut – via Facebook

Jelas Supritendan Ramsay Anak Embol lagi, Suspek dibawa ke mahkamah semlalam untuk permohonan reman atas kesalahan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa di bawah pengaruh dadah.

Beliau berkata, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERFacebook

Comments