Pemuda Kongsi Resipi Pelik, Rasa Betik Goreng Sama Macam Sotong Goreng Tepung?

betik goreng

Menu pelik lain daripada yang lain memang sudah tidak asing lagi untuk segelintir individu. Terpulang kepada mereka bagaimana untuk mengolah dan mencuba resipi itu untuk menjadikannya lebih menarik.

Macam yang dikongsikan oleh pensyarah muda ini, dia sering berkongsi video masakan termasuklah resipi unik yang jarang dibuat orang. Pemuda yang dikenali sebagai Khairul Ikmal Zulkifli, 23, sering memuat naik video masakan di akaun TikTok miliknya.

Menerusi laporan Mstar, dia mengatakan menu-menu pelik ini akan menjadi sedap jika kena dengan caranya. Antara menu yang pernah dikongsikan ialah durian goreng, rambutan goreng dan betik goreng.

Advertisement

Tambahnya, menu betik goreng antara menu pelik paling sedap pernah dibuat sebab rasanya seperti sotong celup tepung.

@ikmlzlkfli

Betik Goreng Tepung? Dengar cerita kalau guna #MYFoodie senang nak naik #fyp? Betul ke? #mylockdownfoodie #lockdown #food #homecafe #tiktokchef

? jungkook ? still with you – .° ?? °.

@ikmlzlkfli

Reply to @syifajamill Rambutan Goreng Ayah?? Nak goreng apa lagi ni? #MYFoodie #fyp? #tiktokguru #easyrecipe #lockdown #tiktokmalaysia

? Know Me Too Well – New Hope Club & Danna Paola

@ikmlzlkfli

Reply to @syafiqahliyanailias93 Durian Celup Tepung??? Cepat komen! nak cari genk ni! #MYFoodie #durian #tiktokguru #food #easyrecipe

? DURIAN (Maroon 5 Sugar Parody) – JinnyboyTV

“Ada juga segelintir warganet yang tak boleh terima dengan kombinasi pelik ini. Biasanya saya akan dikecam kalau menghasilkan sajian tradisional dengan cara baharu”

Selain berkongsi resipi buah-buahan goreng, pemuda ini juga turut menghasilkan video masakan memandangkan dia merupakan seorang pensyarah bidang kulinari di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

pensyarah muda
Sumber : mStar Online

Dia turut memaklumkan yang dia mula memasak sejak zaman sekolah dan mendapat inspirasi daripada bapanya.

Sumber

SUMBERMstar Online

Comments