Pemuda Lukis Wajah Dr Noor Hisham Pada Cawan Starbucks, Netizen Mahu Ianya Dijadikan Koleksi Khas

dr noor hisham

Semenjak pandemik COVID-19 melanda negara, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjadi figura terkenal di tanah air di atas kecekapannya mengendalikan pandemik ini. Hampir setiap hari rakyat Malaysia akan melihat wajahnya terpampang di televisyen bagi memberikan perkembangan terkini COVID-19.

Sebagai tanda penghargaan di atas usaha yang dilakukan, pemuda dikenali sebagai Luqman Hakim ini telah melakarkan wajah Pengarah Kesihatan ini pada cawan minuman Starbucks. Apa yang menariknya, lukisan tersebut telah berjaya menarik perhatian Dr Noor Hisham sendiri di media sosial miliknya.

“Terima kasih Dr Noor Hisham Abdullah. Atas jasa baik anda untuk negara ini.”

Dr Noor Hisham turut memuji lukisan yang dilakukan dan menganggap pemuda ini sebagai seorang yang sangat berbakat kerana bukan mudah untuk melukis potret pada cawan tersebut. Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas penghargaan yang diberikan oleh pemuda ini.

Advertisement

“Terima kasih dan teruskan usaha yang baik. Sesungguhnya anda mempunyai kemahiran yang berbakat.”

Selain Datuk Dr Noor Hisham, Starbucks Malaysia juga telah membalas tweet tersebut dengan menyatakan ianya adalah ‘tribute’ yang indah buat hero negara itu. Rata-rata netizen turut memuji hasil lukisan tersebut dan meminta pihak Starbucks untuk mengeluarkan cawan edisi khas Dr Noor Hisham. Melihatkan pada permintaan tinggi di ruangan komen, pastinya ianya bakal mendapat sambutan yang hangat.

Rasa-rasanya tak mustahil koleksi edisi khas ini akan habis terjual jika betul Starbucks mahu keluarkannya kan?

Comments