Pemuda Promosi Daging Dhab Di Facebook Cetus Perdebatan Antara Netizen

Dhab

Dhab merupakan sejenis spesis biawak yang hidup di padang pasir. Sudah tentu haiwan ini sangat berbeza dengan spesis biawak yang terdapat di Malaysia. Dari segi sains pula, haiwan Dhab ini tergolong dalam keluarga cicak.

Dhab ialah haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak dengan bertelur. Haiwan ini bersaiz lebih kecil berbanding biawak biasa dan mempunyai kulit tebal dan bersisik.

Haiwan ini juga tidak tergolong dalam kategori haiwan dua alam (tinggal di atas darat dan di dalam air). Dhab hanya makan tumbuhan atau sayuran serta banyak menghabiskan masa berlindung di dalam lubang yang digali sendiri.

Dhab

Advertisement

Laman Facebook Azr Garden telah menarik perhatian netizen mengenai menu berbuka puasanya yang sangat ‘istimewa’. Pemuda yang mempromosi juadah berbuka puasa tersebut mengundang perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Ada juga segelintir individu yang kurang memahami telah mempertikaikan bagaimana juadah tersebut boleh dijual dan dimakan.

Laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan Dhab ini halal untuk dimakan kerana haiwan tersebut tidak memakan bangkai.

Perkongsian yang dibuat pada awalnya hanyalah untuk mempromosikan daging Dhab yang dikenali sebagai biawak padang pasir dalam kalangan masyarakat Arab.

Daging Dhab halal dimakan

Ruangan komen di Facebook pemuda tersebut menjadi platform perbualan hangat apabila timbul beberapa keraguan mengenai haiwan tersebut. Ramai yang memberikan pendapat dan hujah tentang kebenaran status halal daging Dhab ini.

komen netizen
Sumber

Makanan yang halal jangan disebut ‘jijik’

komen netizen
Sumber

Tidak dinafikan daging Dhab bukanlah makanan utama khususnya untuk masyarakat Malaysia. Namun, ini bukanlah alasan untuk kita memperlekehkan daging haiwan yang sangat terkenal dalam golongan masyarakat Arab.

Tambahan pula, pihak Mufti sudah mengeluarkan kenyataan daging Dhab ini halal untuk dimakan.

Comments

comments