Walaupun Cacat Anggota, Pemuda Ini Sanggup Jadi Rider Grab Food

900

Ada segelintir dari kita yang masih tak dapat kerja atas beberapa faktor tetapi anda perlu ingat, jika kita masih punya kudrat dan kuat, berkerjalah dan jangan sesekali memilih.

Rezeki perlu di cari bukan datang dengan sendirinya!

Jika seorang Grab Rider yang tiada kaki sebelah mampu berkerja menghantar makanan apatah lagi kita yang normal ini.

Syed seorang penghantar Grab Food yang serba kekurangan mampu mencari rezeki Halal dan mencari rezeki sendiri tanpa ada bantuan orang lain.

Menurut Lobak Merah, Syed berasal dari Singapura telah kehilangan kakinya sejak 12 tahun lalu.

Beliau terlibat dalam kemalangan kereta yang berlaku ketika berumur 13 tahun menyebabkan kecederaan parah pada kakinya.

Semangat dirinya yang kental walaupun tiada kaki kerana dipotong dari peha ke bawah tidak menghalang beliau mencari rezeki yang Halal.

Kerana tahu beliau hanya belajar sehingga darjah 5, Syed ambil keputusan untuk berkerja sebagai penghantar Grab Food.

Syed ambil masa selama 4 tahun untuk belajar menggunakan skuter elektrik semasa mula berkerja sebagai penghantar makanan.

Syed penghantar Grab Food satu kaki

“Selalunya customer yang order dari saya tak percaya saya ada satu kaki, walaupun saya dah cakap awal-awal.

“Bila saya dah buat penghantaran dan mereka perasan saya kurang upaya, mereka akan minta maaf.

Kini, selepas beberapa tahun, Syed sudah mahir menggunakan skuter elektrik dan mampu berkerja sebagai penghantar Grab Food di Singapura.

Kerana itu, Syed selalu dijaga oleh pelanggannya kerana tahu keadaannya. Para pelanggannya juga memberikan air dan sanggup ambil makanan di lobi apartment mereka sendiri.

Syed akan berkerja dari jam 8 pagi sehingga 2 petang sebelum dia berehat dan mula kerja kembali dari jam 6 petang hingga 10 malam.

Pendapatan yang beliau peroleh dalam sehari ialah 70SGD ke 80SGD (RM210-RM240). Dengan pendapatan yang diperolehi beliau mampu hidup berdikari.

“Saya nak kerja keras untuk jaga keperluan keluarga saya. Saya juga sarankan orang yang ada kekurangan fizikal untuk cuba jadi rider macam saya.”

Harapnya semua orang memiliki semangat kental sama macam Syed. Kenapa dia boleh kita semua tidak? fikir-fikirkan.

 

Sumber: Lobak Merah

Comments

comments