Penantian 16 Tahun, Akhirnya Farah Ann Cipta Sejarah Layak Ke Sukan Olimpik Tokyo 2020

603

Tahniah diucapkan kepada atlet gimnastik Farah Ann Abdul Hadi,25 kerana berjaya menamatkan kemarau 16 tahun untuk gimnas negara dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

Atlet berusia 25 tahun ini mengakui harapan untuk layak ke Sukan Olimpik menjadi fokus utamanya, sekaligus pencapaianya itu satu berita yang sangat membanggakan dan menggembirakan buat dirinya.

Menurut Berita Harian, Gimnas berumur 25 tahun itu mencatat sejarah sebagai gimnas ketiga negara menempah tiket ke Olimpik apabila layak ke Tokyo tahun depan selepas kali terakhir gimnas lelaki, Ng Shu Wai yang kini menjadi jurulatihnya mewakili negara pada Sukan Olimpik 2004 di Athens.

Seorang lagi gimnas wanita negara yang pernah ke pentas Olimpik ialah Au Li Yen pada Olimpik 2000 di Sydney.

Farah Ann layak ke sukan Olimpik 2020

Farah Ann berjaya meraih slot ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun pada Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia di Stuttgart, Jerman semalam.

Beliau berjaya mengumpul keseluruhan 49.898 mata untuk mengakhiri saingan kelayakan di tempat ke-59 acara individu keseluruhan.

Dia bagaimanapun ditempatkan dalam 20 gimnas terbaik dengan tiket ke Olimpik diberikan kepada seorang gimnas bagi mewakili setiap negara.

Di saat saya duduk menaip ketika ini, saya masih tidak dapat mempercayai kenyataan yang saya dapat melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Ia adalah impian saya sejak berumur lapan tahun lagi dan melihat ia menjadi realiti mengundang perasaan mengagumkan.

Farah Ann layak ke Olimpik

Menurut Farah Ann lagi, kejayaannya adalah atas dorongan pelbagai pihak berikutan episod kekecewaannya gagal melayakkan diri ke Olimpik 2016 di Rio selepas begitu hampir memperoleh tiket automatik.

Tahniah Farah Ann, kami semua akan menyokong anda.

Sumber: Berita Harian

Comments

comments