Pencemaran Toksik; Demi Keselamatan Rakyat, Sultan Ibrahim Kurnia RM 1 Juta

38

Sultan Johor, Sultan ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM 1 juta untuk menyelamat, merawat dan mencegah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.

Sumbangan itu juga membolehkan agensi penyelamat serta pihak berkuasa yang terbabit dalam operasi ini memperlengkapkan pasukan masing-masing dengan kemudahan yang diperlukan.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Sultan Johor murka dan kesal terhadap mereka yang didapati terlibat dalam kes pembuangan toksik ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan buruk kepada para pelajar sekolah serta orang awam.

Baginda mahu pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden itu serta mengambil tindakan yang tegas kepada mereka yang melakukan perbuatan itu.

 

Sumber: Kosmo

Comments

comments