Pencinta Laut: Taman Tema Dasar Laut Pertama Dunia Tenggelamkan Pesawat Boeing 747

1343

Seringkali kita semua lihat kapal terbang berada di atas awan berterbangan indah seperti seekor burung membawa penumpang ke destinasi yang ingin dituju.

Tetapi kini anda semua boleh merasai sendiri pengalaman dalam dasar laut dengan pesawat Boeing 747 bakal dihias indah di dasar laut kepulauan Bahrain yang terletak di ibu kota Manama.

Meliputi kawasan seluas 100,000 meter persegi, pesawat Boeing 747 sepanjang 70 meter itu akan mula beroperasi dalam masa terdekat sebagai taman tema dasar laut pertama dunia.

Kapal terbang ini ditengelamkan mengikut proses yang ditetapkan dan dipantau oleh pihak yang berkepentingan dalam bidang ini agar ia tidak menjejaskan semua kehidupan laut.

Dimana, sebelum kapal terbang ditengelamkan, semua bahan toksik dibuang terlebih dahulu bagi tidak merosakkan dan menjejaskan semua hidupan laut.

Persiapan kapal Boeing 747 sebelum ditenggelamkan.

Sebagai pencinta laut dan pengemar selaman scuba, ini adalah peluang keemasan untuk melawat taman tema bawah air ini untuk menyelam dan melihat sendiri keindahan kapal terbang yang ditenggelamkan.

Menurut kenyataan di laman web Dive Bahrain, pelancong juga boleh merujuk kepada pusat menyelam berlesen pada Ogos ini berkaitan taman tema itu.

Taman tema ini pasti akan muncul sebagai tarikan pelancong global sesuai dengan projek bertaraf dunia, lebih-lebih lagi ia meliputi kawasan luas yang tentunya akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi pelancong dan penyelam.

Inisiatif ini dilakukan bertujuan untuk memulihkan ekosistem marin bagi mengekalkan persekitaran laut dalam memenuhi piawaian alam sekitar di peringkat antararabangsa.

Selain dari kapal terbang, tarikan lain yang menarik untuk dilihat adalah replika rumah peniaga mutiara tradisional Bahrain, terumbu karang buatan dan ukiran lain yang dibuat dari bahan mesra alam.

Bukan itu sahaja, para penyelidik yang mengunjungi taman tema dalam air akan dapat memperoleh maklumat tentang ekologi laut, malahan projek ini juga akan membantu dalam meningkatkan kesedaran tentang memelihara habitat laut.

Sumber: INDIATODAY

Comments

comments