Pendakwah Indonesia Dikecam Memilih Darah Golongan Hafiz Al-Quran

ustaz Indonesia dikecam

Beberapa hari lepas, seorang pendakwah terkenal Indonesia iaitu Yusuf Mansur hangat diperkatakan di media sosial kerana tindakannya yang hanya menerima darah daripada golongan hafiz Al-Quran sebagai penderma darah.

Menurut laporan Harian Metro, Ustaz Yusuf yang mengalami paras hemoglobin dan tekanan darah rendah itu sedang dirawat di Hospital Pusat Angkatan Darat (RSPAD) Gatot Soebroto.

ustaz yusuf derma darah
sumber – Harian Metro

Beliau menyampaikan rasa syukur kerana menerima darah daripada golongan-golongan yang alim mengalir dalam tubuhnya.

Ini lagi proses derma darah. Barisan penderma yang soleh-soleh, dah siap diproses dan disaring pagi ini.

Melalui satu hantaran di laman Instagramnya, Ustaz Yusuf menyatakan salah seorang penderma darah kepadanya ialah seorang penulis kaligrafi Al-Quran kerajaan Maghribi dan Jordan, Sheikh Baleid yang sangat terkenal dan dihormati.

Advertisement
instagram ustaz yusuf mansur
sumber – Instagram Ustaz Yusuf

Dalam satu hantaran lain, beliau juga menyatakan seramai 10 orang hafiz Al-Quran yang terbaik sudah dipilih untuk mendermakan darah mereka kepadanya.

instagram ustaz yusuf mansur
sumber – Instagram Ustaz Yusuf

Bagaimanapun, tindakan Ustaz Yusuf itu tidak disenangi oleh beberapa netizen Indonesia yang menyifatkannya sebagai seorang yang sombong dan angkuh kerana memilih darah daripada orang alim-alim sahaja.

Ada juga netizen yang tidak setuju dengan kaedah ‘pemilihan’ orang-orang tertentu sebagai penderma yang dilakukan oleh Ustaz tersebut.

Pemindahan darah juga mahu pilih yang sama beriman.

Apa-apa pun semoga Ustaz Yusuf cepat sembuh dan diberi kesihatan yang panjang untuk meneruskan dakwah beliau kepada orang ramai.

Apa pendapat anda tentang golongan yang suka “memilih” ini?

Sumber

SUMBERHarian Metro

Comments