Penembakan Christchurch: PM New Zealand Berjanji Tidak Akan Menyebut Nama Pengganas Itu

159

Rentetan dengan kejadian baru-baru ini, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berjanji tidak akan menyebut nama pengganas bersenjata dalam serangan berdarah di Christchurch dan beliau gelarkannya sebagai ‘nameless'(tidak bernama).

“Dia telah mencetuskan banyak perkara disebabkan tindakan ganasnya tapi ini (insiden tembakan di masjid) yang paling teruk – itulah sebabnya anda semua tidak akan pernah dengar saya menyebut namanya lagi”

Lebih rasa menghormati, beliau memulakan hujahnya di parlimen dengan ucapan yang cukup bermakna. Dengan memberi “Al-Salaam Alaikum”, kemudiannya menyambung bicaranya tentang insiden berdarah dua buah masjid di sana.

Pengganas yang merupakan seorang yang mempunyai pandangan ekstrem melampau telah didakwa atas tuduhan membunuh. Twitter CNN turut melaporkan perkara berkenaan.

 


Bagi Jacinda Ardern, sebutlah nama mereka yang terkorban itu lebih daripada ‘dia’ (pengganas) yang menyebabkan kehilangan mereka.

 

Sumber: BBC, twitter CNN

 

Comments

comments