Penemuan Varian Afrika Selatan Di Perak, Penduduk Diminta Berwaspada & Patuh SOP

Virus Afrika Selatan dikesan di Perak

Susulan penemuan virus Afrika Selatan ini, penduduk di negeri Perak diingatkan agar berwaspada dan terus mematuhi amalan norma baharu yang ditetapkan.

Berdasarkan penyelidikan, penemuan virus Covid-19 varian Afrika Selatan (B.1.351) yang dilaporkan di negeri Perak sangat mudah berjangkit.

Varian itu dikesan di negeri ini selepas sampel terpilih daripada kes-kes positif dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk penjenisan gen lengkap beberapa minggu lepas.

Virus itu sangat mudah menjangkiti individu dan orang ramai dinasihatkan memakai pelitup muka dengan betul serta menjaga penjarakan fizikal bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

pelitup muka
Gambar Hiasan

Menurut kenyataan tersebut, orang ramai perlu mengelakkan berada di kawasan sesak atau sempit, amalkan kerap mencuci tangan dan elakkan bersentuhan.

Jabatan Kesihatan negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu, penduduk dinasihatkan tidak menghadiri atau mengadakan sebarang majlis sosial bagi mengelakkan jangkitan berlaku.

“Selain itu, patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan serta terus memperkasakan amalan norma baharu seperti”

Sebanyak 137 kes baharu dilaporkan di Perak semalam melibatkan 120 jangkitan tempatan manakala 17 lagi kes jangkitan dari luar Perak.

Advertisement

Sehingga semalam, daerah Kinta mencatatkan kes tertinggi di Perak sebanyak 254 kes termasuk 53 kes baharu dengan dua kes adalah saringan kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Meru Raya (12 kes) dan Kluster Persiaran Greentown Tujuh (dua).

Daerah Larut Matang Selama pula merekodkan 177 kes dengan 20 kes baharu melibatkan saringan kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Sepat, Kluster Jalan Pokok Assam, Kluster Jalan Kolam Dua manakala selebihnya adalah jangkitan tempatan.

Kita jaga kita!

SUMBER

Comments

comments

SOURCEKosmo