Penerima Tetap Tidak Dibenarkan Rekod Dan Ambil Gambar Ketika Terima Suntikan

pusat penerimaan vaksin

Berikutan banyak permintaan daripada orang ramai supaya membenarkan penerima vaksin merakam video dan mengambil gambar ketika disuntik vaksin Covid-19, kerajaan tetap tidak dapat memenuhi permintaan tersebut kerana dikhuatiri akan mengganggu proses vaksinasi tersebut.

Menerusi laporan Kosmo Online, Datuk Ahmad Amzad Hashim selaku Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, tindakan mengambil video dan gambar di pusat penerimaan vaksin (PPV) tidak dibenarkan kerana ianya boleh mengganggu kelancaran proses vaksinasi itu.

vaksin covid-19
Gambar Hiasan

Walau bagaimanapun, penerima vaksin disarankan meminta petugas PPV untuk menunjukkan picagari sebelum proses suntikan dimulakan, katanya.

Tambahnya, petugas di PPV telah diarahkan oleh kementeriannya untuk menunjukkan picagari kepada setiap penerima sebelum dan selepas suntikan dijalankan. Langkah ini dilakukan supaya penerima yakin bahawa suntikan yang diberikan betul-betul mengandungi cecair vaksin Covid-19.

Advertisement

Sumber

SUMBERKosmo Online

Comments