Penerima Vaksin Di Selangor Ditanggung Kos Ke PPV, Terima Rebat Pengangkutan RM 20

rebat grab

Penerima vaksin berusia 18 tahun ke atas di Selangor bakal menerima rebat pengangkutan sebanyak RM 20 untuk mendapatkan vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV).

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pemberian rebat melalui perkhidmatan Grab itu memberi manfaat kepada hampir 50,000 individu dengan peruntukan RM 1 Juta.

Sebelum ini, ianya hanya disasarkan kepada golongan yang berusia 50 tahun ke atas namun kali kini rebat pengangkutan telah dibuka kepada semua rakyat Selangor yang layak mendapatkan vaksin.

rebat grab
Sumber : Twitter

Pemberian subsidi kos pengangkutan itu merangkumi perjalanan pergi dan balik dengan kadar RM 10 setiap perjalanan. Pendaftaran untuk mendapatkan rebat tersebut telah dibuka pada 20 Jun lalu dan tempoh perjalanan sah bermula pada 1 Julai hingga 30 September.

Advertisement

Permohonan boleh dibuat menerusi laman platselangor.com dan cara menggunakan diskaun rebat akan dimaklumkan kepada pemohon.

Sumber

SUMBERAstro Awani

Comments