Pengalaman Dikejar Zombi Di Rumah Seram ‘Train To Busan’ Di Genting Highlands

5045

Pasti ramai yang masih ingat lagi filem dari Korea Selatan iaitu “Train To Busan” yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia. Filem blockbuster itu telah berjaya mendapat kutipan pecah panggung sekitar US$93 juta dan di Malaysia sendiri mendapat kutipan kasar dalam RM21 juta.

Selepas menonton filem itu, mesti ada yang terfikir dan terbayang macam mana agaknya kalau situasi di dalam filem berlaku pada anda kan? Percaya atau tidak, sekarang ini anda boleh rasai sendiri pengalaman dikejar zombi!

zombie
Kredit: Resorts World Genting

Resorts World Genting memperkenalkan rumah hantu berkonsepkan Train To Busan yang sudah mula dibuka dari sekarang hingga 1 Januari 2020. Menjelang cuti hujung tahun ini, pasti ini waktu terbaik untuk anda rasai sendiri pengalaman seram ini.

Projek ini merupakan kerjasama antara Resorts World Genting, Air Asia dan pakar virtual reality Vividthree. Rumah seram ini menggabungkan kesan khas, set dan butiran terperinci dari filem itu sendiri. Dan semestinya, zombi akan berkeliaran dan mengejar mangsa mereka sepanjang anda menyelesaikan misi.

 

zombie
Kredit: Blog

 

zombie
Kredit: Resorts World Genting

 

zombie
Kredit: Resorts World Genting

Ada lima tarikan di sana iaitu “Lost in Daejong”, “The Train Crash Escape”, “Survival Camp”, “Zombie Camp” dan “Street of Seoul”. Sepanjang di dalam rumah seram ini, ada beberapa misi yang anda perlu selesaikan.

Yang penting, jangan biarkan anda dijangkiti wabak dari zombi. Rumah seram ini akan beroperasi dalam tempoh masa yang terhad sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang untuk rasai pengalaman dikejar zombi.

Waktu Operasi:
1 November hingga 1 Disember 2019
Dibuka Jumaat hingga Ahad
2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020
Dibuka setiap hari
Harga Tiket Train To Busan :
Harga RM90
(RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting)
Untuk anda yang berminat untuk membeli tiket, boleh ke laman rasmi Resorts World Genting di sini.

Comments

comments