Pengantin Lelaki Pasang Video Bakal Isteri Curang Atas Katil dengan Abang Ipar Di Hari Perkahwinan

83831

Video seorang pengantin lelaki China memalukan pengantin perempuan dengan memasang satu video terlampau menunjukkan pengantin perempuan curang dengan lelaki lain untuk ditunjukkan kepada tetamu majlis perkahwinan mereka menjadi tular.

Rakaman itu yang tidak disahkan, dipercayai dirakamkan oleh tetamu sebuah majlis perkahwinan di wilayah Fujian—terdiri dari tiga video—salah satunya menunjukkan dua pengantin baru sedang berjalan ke pentas, manakala dua lagi menunjukkan video terlampau pengantin wanita itu dalam satu bilik hotel bersama abang iparnya.

Dalam video pertama, sewaktu dua pengantin berjalan di tengah dewan, emcee boleh didengari mengatakan:

Sekarang kami akan pasangkan klip video kedua-dua pengantin sewaktu membesar.

Tetapi yang dipaparkan ialah video seks menampilkan pengantin perempuan dan seorang lelaki lain melalui skrin di belakang mereka.

Kau ingat aku tak tahu?

Tanya pengantin lelaki kepada pengantin perempuan, yang kemudiannya membaling jambak bunga ke arah pengantin lelaki, manakala ahli keluarga kedua-dua pengantin cuba meleraikan mereka.

Dua lagi klip lain menunjukkan pengantin lelaki tidur bersama abang iparnya, iaitu suami kakak kandungnya.

Menurut Apple Daily, perhubungan pasangan itu  telah berlangsung selama dua tahun, dan mereka merancang untuk berkahwin enam bulan lepas.

Outlet berita bertapak di Hong Kong itu juga melaporkan bahawa pengantin lelaki yang rasa terhina itu mengetahui mengenai kecurangan tunangnya setelah memasang kamera litar tertutup secara tersembunyi dalam rumah baru mereka.

Untuk memburukkan lagi keadaan, isteri kepada abang ipar pengantin perempuan, yang suaminya curang dengannya, sedang hamil enam bulan.

Sementara itu, penulis blog hiburan terkenal China, Zhiang Hu Ba Je berkata, pengantin perempuan hanya curang setelah tunangnya menjadi ganas, bermaksud, pengantin perempuan itu ialah mangsa keganasan domestik.

Jiang berkata pengantin perempuan mengakui mempunyai hubungan sulit dengan abang iparnya, dan mereka menjadi rapat setelah abang iparnya cuba menyelesaikan masalah keganasan yang dialaminya.

Pengantin perempuan yang telah dimalukan itu dilaporkan telah meminta bekas tunangnya membuang  kesemua video terlampaunya dari Internet.

Walaupun video asal yang dimuat naik ke Weibo telah dipadamkan, masih banyak salinan yang berlegar sekitar WeChat dan Twitter.

Video-video itu telah memulakan perbahasan di media sosial China.

Ada yang mengatakan wanita itu layak dibuat begitu kerana dia curang, manakala ada juga mengatakan pengantin lelaki berhati keras memalukan pasangan selama dua tahun di khalayak ramai, pada hari perkahwinannya.

Ada yang mendakwa ia satu taktik pemasaran untuk meningkatkan jumlah pengguna satu platform media sosial, tetapi tidak dapat menyertakan bukti untuk mengesahkannya. – amazingnara.com via Apple Daily

Comments

comments