Pengasas Dedah Zumba Tidak Boleh Kuruskan Badan, Dicipta Hanya Untuk Keseronokan

73

Semua orang mengidamkan untuk mempunyai tubuh badan yang kurus dan sihat. Antara senaman popular yang menjadi trend kini ialah Zumba. Rutin senaman ini tidak membosankan kerana menggunakan lagu rancak serta tarian yang ditambah dengan pelbagai elemen moden yang menjadikannya semakin seronok dan digilai.

Namun, tahukah anda Zumba sebenarnya tidak boleh menguruskan badan dan menurut pengasasnya Beto Perez, ia dicipta hanya untuk untuk memberi keseronokan sahaja.

Menurut Perez, dengan melakukan aktiviti Zumba, ia boleh  mengaktifkan hormon endorfin yang membuatkan peserta merasa gembira.

Senaman biasa agak membosankan tetapi dengan Zumba, dapatlah mengalakkan kita melakukan aktiviti yang bukan sahaja sihat malah boleh memberikan kegembiraan.

Falsafah utama Zumba ialah senang, seronok dan berkesan. Sebab itu dalam Zumba, dalam satu kelas ada gabungan golongan anak, emak dan nenek. Semua boleh join.

Beto Perez pengasas Zumba

Memberikan komen mengenai isu ini, pakar kecergasan Kevin Zahri memberitahu, apa sahaja jenis senaman tidak akan berkesan sekiranya seseorang itu tidak mengawal pemakanannya. Bersenam dan jaga pengambilan kalori, dua kombinasi ini adalah formula efektif untuk menurunkan berat badan.

Sumber Berita : mStar Online & Astro Awani

Comments

comments