Pengasas Jenama Pakaian Dalam Muslimah Dikritik Tunggang Agama Untuk Jual Produk

139

Semakin ramai pengasas perniagaan muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Dari produk kecantikan dan penjagaan kulit, biasanya mereka mensasarkan untuk menjual produk kepada golongan wanita. Namun mungkin tidak ramai menyedari wujud juga pengasas yang menjual pakaian dalam wanita yang dipasarkan sebagai muslimah lingerie atau pakaian dalam muslimah.


Seorang pengasas jenama pakaian dalam yang dipasarkan sebagai pakaian dalam muslimah, khusus untuk wanita yang ingin memikat hati suami dikritik netizen kerana mememberi nasihat yang dianggap tidak sensitif. Pengasas itu, Umirah Taib, memberitahu dalam video ceramahnya bahawa suami tidak boleh dipersalahkan 100% jika menonton pornografi kerana ia salah isteri yang tidak memuaskan keinginan suami. Sebaliknya dia mendakwa, isteri boleh membantu mengatasi masalah ini dari 30 hingga ke 50%.

Dia juga mendakwa sekiranya seorang berpangkat datuk merogol cucunya, dia tidak akan menyalahkan datuk tersebut 100% kerana mungkin nenek (isteri datuk) sudah tidak sama seperti dulu.  Video tersebut boleh ditonton di bawah:

Kenyataannya menimbulkan kemarahan Netizen kerana Umirah dianggap tidak memiliki kelayakan untuk menasihati dan memberikan ceramah berkenaan perkahwinan.

Dia juga dikritik kerana memasarkan jenama pakaian dalamnya sebagai pakaian dalam patuh syariah.

Asalnya, Umirah dikatakan tidak berpuas hati, mendakwa ceramahnya ‘dibawa keluar konteks’:

Setelah mendapat kritikan hebat pengguna Twitter, Umirah bagaimanapun dalam satu kenyataan membuat permohonan maaf atas video  yang dimuat naik olehnya.

Menurutnya, memasarkan jenamanya sebagai ‘pakaian dalam patuh syariah’ ialah satu kesilapan dan ia sudah ditukar beberapa bulan lepas namun tidak menafikan ia mungkin telah dimuat naik semula oleh pihak ketiga.

Untuk kenyataan ‘datuk rogol cucu’, Umirah berkata niat asalnya hanyalah untuk meminta para isteri memainkan peranan untuk mengurangkan keinginan suami mencari dan menonton pornografi.

Apa pun, sepatutnya mana-mana pengasas produk berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Tidak semua produk perlu dikaitkan dengan agama untuk melariskannya, dan tidak adil menyalahkan isteri atas keinginan suami merogol atau menonton pornografi. Apa pendapat anda? – amazingnara.com

Tinggalkan komen anda