Pengasas ‘Sugarbook’ Direman 7 Hari Atas Dakwaan Rogol Pelajar IPT

Sebelum ini Ohmedia ada melaporkan tentang Mahkamah Tinggi menolak pemohonan pihak polis untuk menahan reman pengasas aplikasi Sugarbook.

Tapi pelepasan tu tak lama selepas dia pengasas terbabit ditahan semula dan kali ini ia mambabitkan kes rogol dan menawarkan khidmat seks.

Ini disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat yang telah menerima laporan dari seorang penuntut sebuah institut pengajian tinggi.

“Kes berlaku di Subang Jaya pada 19 Februari 2019. Berikutan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 372 kanun sama”. – Katanya kepada Harian Metro.

Soal penahanan reman, pagi tagi Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan untuk tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Advertisement

Sumber

Comments

comments