Pengeluaran Toyota Estima Akan Diberhentikan Serta Merta

4984

Sejak dahulu lagi kita sering lihat, jika mereka yang mempunyai keluarga besar, Toyota Estima telah menjadi pilihan rakyat Malaysia bagi model-model MPV yang dijual dipasaran.

Walaupun telah banyak keluaran kereta MPV di pasaran yang lebih bergaya dan cantik, Estima tetap mempunyai pengikutnya tersendiri pada waktu dahulu.

Siapa sahaja tidak mengenali Estima dengan rekaanya yang berbeza dari MPV lain yang berbentuk kotak tetapi Estima berbentuk bujur.

estima berbentuk bujur

Buat semua peminat Estima, Toyata telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengeluaran MPV ini akan ditamatkan oleh kilangnya di Jepun bermula bulan depan.

Generasi ketiga Estima/Previa telah dihasilkan sejak tahun 2006 akan dihentikan tanpa sebarang pengganti, memandangkan permintaannya yang semakin berkurangan.

Toyota Estima, yang telah dihasilkan sejak tahun 1990, kini akan tinggal kenangan. Ini kerana jualan yang rendah dan permintaan yang terlalu sedikit untuk mini van.
Estima akan diberhentikan pengeluaran serta merta

Toyota telah menyatakan permintaan Estima jatuh kerana kadar kelahiran di Jepun menurun dan faktor penuaan penduduk di Jepun.

Toyota Estima generasi pertama telah diperkenalkan di pasaran bermula tahun 1990, dan ia terus bertahan sehingga tahun 1999.
estima generasi pertama

Ia kemudian digantikan dengan model generasi kedua bermula pada tahun 2000 dan dijual sehingga tahun 2005. Model generasi ketiga yang dijual buat masa sekarang telah pun diperkenalkan buat pertama kali pada 2006 dan pernah mencapai angka jualan 100,000 unit setahun.
estima generasi kedua

Selepas 13-tahun, ia tidak lagi kompetitif, menjadikannya antara sebab mengapa pengeluarannya akan dihentikan bulan hadapan.

Estima yang hadir dengan tujuh tempat duduk turut menghadapi masalah dari segi segmentasi. Untuk mereka yang mahukan MPV tujuh tempat duduk, pilihan seringkali berpihak kepada Toyota Wish dan Noah kerana harga yang lebih murah.
estima hybrid
Estima walaupun mempunyai saiz yang hampir sama dengan Alphard dan Vellfire, ia seringkali ‘kalah’ kerana kelengkapan yang kurang mewah jika dibandingkan dengan dua MPV lebih terkini berkenaan.

Dengan pemberhentian produksi Estima di Jepun ini, bermakna penjualan Estima ini turut akan dihentikan di seluruh dunia kerana ia tidak dipasang di mana-mana kilang Toyota lain luar dari negara berkenaan.

 

Selamat tinggal Estima, siapa dekat sini masa kecik-kecik dulu ayah dia pakai kereta model ini?

 

Sumber: AutoTimes News

 

Comments

comments