Pengguna Bas Rapid sediakan Touch N Go, Tiada Tunai Lagi Selepas Ini

852

Siapa di sini setiap hari menggunakan perkhidmatan RAPIDKL? Perkhidmatan bas RAPIDKl akan melaksanakan konsep pembayaran elektronik sepenuhnya bagi semua laluan bermula pertengahan bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Muhammad Yazurin Sallij berkata, ia akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan koridor Ampang 15 April ini.

“Koridor Cheras, Sungai Besi dan Jalan Klang Lama akan memulakan sistem ‘tanpa wang tunai’ sepenuhnya 29 April ini manakala laluan di bawah koridor Damansara, Jalan Ipoh, Jalan Pahang dan Jalan Klang Lama akan mengguna pakai sistem elektronik penuh itu mulai 13 Mei ini.

“Koridor terakhir dalam lapan koridor yang dilaksanakan tahun ini bagi meningkatkan perkhidmatan bas penumpang di Lembah Klang dan Selangor-Lebuhraya Persekutuan akan melaksanakan sistem itu pada 27 Mei ini menjadikan keseluruhan rangkaian bas mengguna pakai sistem ‘tanpa wang tunai’ itu mulai hari berkenaan.

Beliau menasihatkan pengguna yang masih menggunakan wang tunai untuk membayar tambang, membeli segera kad perjalanan tanpa tunai bagi kemudahan mereka.

“Lebih baik penggunaannya dimulakan segera kerana ia bukan saja memudahkan malah turut menawarkan diskaun 20 peratus daripada harga tambang biasa.

 

Senangkan jika tanpa tunai? Jimat waktu tak payahlah pak cik bas tu nak kena tunggu sorang-sorang tanya, bagi tahu harga lepastu kena cari baki. Zaman kan dah maju.

 

Comments

comments