Pengguna Boleh ‘Order’ Makanan Guna Shopee Tak Lama Lagi?

ShopeeFood

Sebut saja pasal shopping online, dalam fikiran mesti akan terbayang-bayang Shopee yang merupakan sebuah platform e-commerce terkenal pada ketika ini, betul tak?

Bukan setakat platform untuk dapatkan pelbagai barangan, Shopee juga akan ada rider bagi menghantar pesanan makanan di hadapan pintu rumah korang tak lama lagi melalui ShopeeFood. Pergh! Memang terbaik.

Advertisement

Untuk peringkat permulaan, ShopeeFood dijangka akan memulakan operasinya tak lama lagi di sekitar Lembah Klang terlebih dahulu sebelum meluas ke tempat-tempat lain.

Sama saja seperti platform penghantar makanan lain, korang boleh membuat pesanan makanan di restoran berdekatan melalui ShopeeFood tak lama lagi.

ShopeeFood juga secara tak langsung menambah peluang pekerjaan kepada individu lain diluar sana. Apapun, kita tunggu sehingga Shopee memaklumkan sendiri hal ini.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERShopeeFood

Comments