Pengguna iPhone SE Dan 6s Mungkin Berpeluang Menerima iOS 14

642
iphone

Versi iOS yang seterusnya iaitu iOS 14 dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun ini bersama dengan iPhone 12. Khabar angin mengatakan iOS 14 kali ini serasi digunakan oleh kesemua telefon yang mampu beroperasi dengan iOS 13 bermula dari iPhone SE dan 6s.

Model iPhone SE dan 6s adalah antara model yang paling pasti mendapat kemaskini ini berdasarkan laporan setakat ini. Ini pastinya berita yang menggembirakan buat pengguna iPhone SE dan 6s yang akhirnya menerima kemaskini iOS selepas lima tahun dilancarkan.

apple iphone
Sumber

Namun, berita menyedihkan buat pengguna iPad kerana kemaskini iOS 14 ini mungkin tidak dapat menyokong iPad mini 4 dan iPad Air 2 yang dilancarkan pada tahun 2014. Walaupun tiada kepastian dari sumber rasmi Apple, kesemua maklumat lain bakal dijelaskan pada acara Apple yang dijangka berjalan pada bulan Jun tahun ini.

Sebelum ini, khabar angin mengenai pemilihan warna baru menggantikan warna midnight green memberikan keterujaan kepada pengguna iPhone. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Apple Mungkin Akan Menggantikan Warna Midnight Green Dengan Navy Blue Untuk iPhone 12 Pro

Comments

comments