Pengguna Jalan Raya Guna Alasan Nak Agih Daging Korban Untuk Rentas Negeri

agihan daging korban

Pelbagai alasan yang dikemukakan oleh pengguna jalan raya yang menghala ke Pantai Timur untuk merentas negeri antaranya ialah ziarah pekerja cedera, melawat tapak projek dan mahu mengagihkan daging korban.

Menerusi laporan Harian Metro, sehingga jam 1 tengah hari semalam sebanyak 780 kenderaan dan 880 individu yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan diperiksa.

Menurut Supritendan Zaiham Mohd Kahar selaku Ketua Polis Daerah Bentong, melalui pemeriksaan yang dilakukan sebanyak 39 kenderaan diarahkan untuk pulang semula kerana menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan memaklumkan tujuan pergerakan merentas negeri yang tidak munasabah.

sekatan jalan raya
Gambar Hiasan

“Masih ada individu yang ‘cuba nasib’ menggunakan surat kebenaran daripada MITI untuk merentas negeri walaupun sudah dimaklumkan surat pergerakan tersebut tidak laku dalam tempoh perayaan Aidiladha”

Dalam pada itu, pihaknya menggesa supaya orang ramai bekerjasama dalam mematuhi SOP yang ditetapkan khususnya dalam ketetapan pergerakan rentas negeri dan daerah.

Advertisement

Sumber

SUMBERHarian Metro

Comments