Pengguna Kecewa Proses Penebusan E-Tunai Rakyat RM30 Tergendala Kerana Masalah Sistem

sistem e-tunai

Sejak diumumkan peruntukan RM450 juta untuk diagihkan kepada beberapa e-wallet atau dompet digital, ramai yang teruja untuk mendapatkan E-Tunai Rakyat RM30 yang sepatutnya diagihkan bermula hari ini. Antara e-wallet yang terlibat ialah GrabPay, Touch n Go, dan Boost.

Baca: GrabPay Antara Yang Dipilih Untuk E-Tunai Rakyat 2020, Kredit RM30 Ditawarkan Untuk Dompet Digital

Pengagihan E-Tunai Rakyat RM30 yang sepatutnya diagihkan hari ini nampaknya tidak berjalan dengan lancar apabila sistem e-tunai tergendala dan tidak dapat digunakan. Sejak pagi tadi, e-wallet Touch n Go tidak dapat diakses dan mengalami gangguan teknikal.

Advertisement

Ramai pengguna yang tidak dapat memasuki sistem e-tunai dan menyebabkan proses untuk menebus E-Tunai Rakyat RM30 tidak dapat dijalankan. Beberapa pengguna turut berkongsikan screenshot dari sistem yang tergendala yang dialami mereka di laman Twitter.

e-tunai

e-tunai

etunai

Menerusi Facebook Touch n Go E-Wallet, pihak mereka memberitahu masalah sistem tergendala disebabkan jumlah trafik yang tinggi. Para pengguna juga dinasihatkan untuk mencuba beberapa kali lagi untuk menebus E-Tunai Rakyat RM30.

touch n go

Pengagihan E-Tunai Rakyat RM30 akan dilakukan bermula hari ini sehingga 14 Mac 2020 ini. Untuk menebus, anda boleh terus ke tiga dompet digital yang terpilih di aplikasi masing-masing. Tapi buat masa ini, para pengguna diminta untuk bersabar dan mencuba beberapa kali.

Comments

comments