Pengguna Mahukan Tambah Nilai Kad Touch n Go Melalui Aplikasi, Ini Jawapan Yang Ditunggu-Tunggu

Zaman sekarang ni ramai yang dah terbiasa menggunakan dompet digital seperti Touch n Go eWallet bagi memudahkan pembelian korang tanpa perlu bawa duit pun, scan je dan beli. Bukan tu jer, kita siap boleh semak baki kad Touch n Go kita sendiri lagi dekat handphone, senang gila!

Mesti korang tertanya, bila pula agaknya kita semua boleh tambah nilai kad Touch n Go kita melalui Touch n Go eWallet kan? Pergh! Kalau macam tu memang senang gila, masa baki tak cukup dekat tol tu terus on the spot je top-up.

Menerusi laporan TheStar semasa mereka menemuramah CEO Touch n Go, alternatif dimana korang boleh tambah-nilai kad Touch n Go melalui ewallet itu mungkin akan dilaksanakan pada hujung tahun 2021 ini.

Jadi, korang siap sedia je hujung tahun ni untuk tukar kad Touch n Go yang baru kalau ciri ini sudahpun dilancarkan nanti. Apapun, kita tunggu jelah pengumuman dari pihak Touch n Go sendiri nanti ya.

Advertisement

Comments