Pengguna USB Flash Drives Tak Payah ‘Eject Media’ sekarang

261

Selalunya anda pasti dengar kawan-kawan di pejabat mahupun sewaktu belajar sama-sama di kolej memberitahu ‘wey jangan cabut pendrive tu terus, tekan butang ‘quick remove’ dahulu supaya semua yang disimpan selamat dan tidak hilang.

Betul kan? Kadang-kadang itu sampai gaduh pasal benda ini. Baru-baru ini Microsoft mengesahkan sesiapa yang menggunakan Windows 10 tidak perlu bimbang kerana ia mempunyai ciri “quick removal” yang tidak akan menghilangkan  barang yang disimpan.

Wah canggih sungguh teknologi sekarang ya!

Secara teknikalnya, Microsoft akan memberi perlindungan kepada flash drives dengan selamat daripada zaman Windows 7 lagi menurut kumpulan my Microsft-expert Tom Warren.

Microsoft telah menghantar mesej bercampur mengenai keperluan untuk mengeluarkan pemacu buat sementara waktu, dan sistem pengendalian masih lagi mempunyai ciri “Safely Remove Hardware and Eject Media”.

Apabila sistem ini tidak lagi digunakan, pasti ia akan menjadi satu memori yang akan dikenang pada anak-anak pada masa hadapan.

Adakah anda semua tahu apa itu diskette?

Tinggalkan komen anda