Penghantar Makanan Grabfood Dipukul Lelaki Dalam Video Tular

Satu video yang sedang tular di Twitter menunjukkan seorang penghantar makanan Grabfood dipukul oleh beberapa orang lelaki, dipercayai berbangsa India yang menuduhnya mencuri.

Video tersebut boleh ditonton di bawah. Atas sebab tertentu video ini dikaburkan:

Bagaimanapun, latar belakang video itu tidak dapat dipastikan. Penghantar makanan Grabfood itu dilihat duduk di tepi jalan namun dimarahi lelaki India yang mengeluarkan kata-kata kesat, serta menghempas topi keledar ke kepala pemuda itu yang tidak dapat mempertahankan diri.

Advertisement

Pemuda itu dilihat merayu supaya lelaki itu berhenti memukulnya, dan walaupun cuba untuk memberikan penjelasan, dia dihalang berbuat demikian oleh lelaki India itu yang kedengaran berang.

Malah, motosikal yang ditunggang oleh penghantar makanan Grabfood itu dirosakkan oleh lelaki yang memukulnya.

Video itu dipercayai dirakamkan oleh lelaki yang menyerangnya. Bagaimanapun, wajah lelaki-lelaki yang menyerang tidak kelihatan dalam video tersebut.

Satu video penerangan yang dimuat naik dalam untaian oleh pengguna Twitter yang memuat naik video tersebut mengandungi rakaman audio seorang lelaki mendakwa abang kepada penghantar Grabfood yang dipukul itu.

Katanya, kawan adiknya yang terlibat dalam kemalangan. Adiknya hanya membantu rakannya itu tetapi dituduh mencuri dan tidak sempat melarikan diri kerana dikepung sekumpulan lelaki tersebut.

Video itu menimbulkan kemarahan Netizen kerana lelaki India itu membuat tindakan melulu menyerang penghantar makanan Grabfood tersebut, bersikap perkauman dan mengeluarkan kata-kata kesat tanpa memberi peluang pemuda Grabfood tersebut membuat penjelasan.

Salah seorang pengguna Twitter memberitahu, peristiwa itu terjadi setelah sekumpulan lelaki India tersebut terlibat dalam kemalangan dengan rakan kepada penghantar makanan Grabfood tersebut. Penghantar makanan Grabfood itu berhenti di kawasan kemalangan dan hanya membantu mencari telefon dan memulangkannya kembali kepada sekumpulan lelaki itu (telefon dibuang secara tidak sengaja oleh salah seorang dari mereka) tetapi disangka mahu mencuri telefon tersebut.

Ada juga yang menceritakan pengalaman dikepung beberapa orang lelaki India:

Ada yang mengatakan merasa kasihan dengan pemuda Grabfood itu yang menangis dan ada juga mencadangkan kutipan derma diadakan untuk membantu pemuda itu membaiki motosikal yang dirosakkan.

Ada juga mengaitkan peristiwa ini dengan peristiwa anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, yang dipukul sehingga maut oleh sekumpulan lelaki berbangsa India sewaktu cuba memadamkan kebakaran di satu kuil tahun lepas:

Setakat ini masih belum ada laporan berita rasmi dan lengkap mengenai kejadian ini.

Ramai berharap agar keadilan dapat dituntut buat pemuda Grabfood tersebut. – amazingnara.com

Comments

comments