Penghantar Makanan Mengamuk Ditegur Langgar Lampu Merah

rider langgar lampu isyarat

Terlalu banyak kes kemalangan motosikal melibatkan penghantar makanan yang kita dapat lihat dan tidak dapat dinafikan ada segelintir rider yang telah menunggang motosikal secara melulu tanpa menghiraukan keselamatan diri, apatah lagi pengguna jalan raya lain.

Terbaru, tersebar rakaman video menunjukkan seorang rider mengamuk apabila dihon seorang pemandu selepas rider terbabit didapati melanggar lampu isyarat merah.

Kejadian yang berlaku di hadapan Hotel Impiana KLCC itu dirakam pemandu kereta terbabit dan dikongsikan Jabatan Netizen Malaysia di Twitter.

 

Advertisement

“Saya bunyikan hon sedikit sahaja kerana dapati rider ini telah langgar lampu merah dan itu adalah tempat pejalan kaki”

“Setelah dia mendengar hon kereta saya, dia berhentikan motor dia di hadapan tengah jalan, dan uturn di tengah jalan untuk tunggu saya lalu. Semasa saya lalu, dia mengajak saya gaduh, ajak berhenti tepi kerana dia sangat tidak berpuas hati kerana saya hanya membunyikan hon”. – Kongsi mangsa.

Ramai yang kongsikan pengalaman sama bila berjumpa dengan rider di atas jalan raya.

Sepatutnya setiap rider mengambil iktibar dan tidak seharusnya menjadikan kebiasaan melanggar lampu isyarat semata-mata ingin mengejar pesanan.

Sumber

SUMBERTwitter

Comments