Penghantar Makanan OKU Ini Jadi Inspirasi Ramai, Berusaha Cari Rezeki Walaupun Tangan Kudung

161

Kekurangan daripada segi keadaan fizikal yang tidak sempurna bukanlah penghalang untuk lelaki ini yang dikenali sebagai Syahrain Fadzil untuk berjaya.

Merupakan OKU yang cacat pada bahagian tangannya, Syahrain tetap gigih berusaha mencari rezeki sebagai penghantar makanan meredah kesesakan lalu lintas selain hujan dan cuaca yang panas.

Berjaya menjana pendapatan antara RM600- RM 800 seminggu, kesungguhan beliau itu pernah viral dan menjadi inspirasi ramai.

Ramai juga yang tertanya bagaimana beliau boleh mengendalikan motosikal dengan keadaan tangannya yang tidak sempurna.

Baru-baru ini, Syahrin sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi video cara beliau membawa motosikal.

Kalau kita rajin dan berusaha bersungguh-sungguh, pastinya rezeki dan kejayaan akan menjadi milik kita. Semoga kisah Syahrin ini akan terus menjadi inspirasi serta motivasi untuk orang lain di luar sana berjaya.

Sumber Berita : Twitter

Kredit Video : Facebook Syahrin Fadzil

Comments

comments