Penghasilan Kereta Jenama Mewah Rolls-Royce Dihentikan Sementara Untuk Fokus Pengeluaran Madu

sarang lebah

Bermula penularan wabak COVID-19 yang dipercayai dari China awal tahun ini sehingga sekarang telah menjangkiti berjuta-juta penduduk dunia. Kes kematian juga telah mencecah ratusan ribu mangsa di seluruh dunia.

Tindakan sekatan pergerakan, kuarantin, penguncian bandar dan perintah berkurung telah memberi kesan besar kepada syarikat perniagaan. Syarikat automotif antara syarikat yang paling terkesan daripada kesan wabak ini.

Lamborghini sebelum ini telah memilih untuk menghasilkan topeng muka keluaran syarikat tersebut. Ini untuk membantu warga Itali mempunyai bekalan topeng muka yang mencukupi ketika wabak COVID-19 sedang melanda.

Baca: Lamborghini Bantu Itali Hasilkan ‘Face Mask’

Advertisement
madu Rolls-Royce
Sumber

Rolls-Royce, syarikat automotif mewah keluaran Britain telah menghentikan operasi kilang penghasilan kereta sejak bulan Mac lalu. Penutupan operasi ini bertujuan untuk memberi laluan untuk difokuskan kepada penghasilan madu.

Ramai yang belum mengetahui bahawa Rolls-Royce dikhabarkan mempunyai ladang lebah seluas 42 ekar. Sejak tahun 2017, ladang berkeluasan ini mampu menempatkan 250,000 lebah dalam enam sarang.

sarang lebah

Menariknya, sarang lebah tersebut diberi nama sempena model keluaran Rolls-Royce seperti Phantom, Wraith, Ghost, Dawn dan Cullinan.

Pelaburan besar syarikat ini untuk memiliki ladang lebah seluas ini menghasilkan pengeluaran jumlah hasil madu yang banyak pada setiap tahun. Bagaimanapun, madu yang dihasilkan di ladang syarikat Rolls-Royce bukan untuk dijual di pasaran. Tetapi ini merupakan hadiah ikhlas untuk pelanggan Rolls-Royce. Cara syarikat ini menghargai pelanggan mereka ternyata sangat eksklusif dan istimewa.

madu Bentley

Untuk pengetahuan umum, Rolls-Royce bukan lah satu-satunya syarikat automotif yang menjalankan perniagaan berkaitan madu. Syarikat pesaing mereka iaitu Bentley turut dilaporkan mempunyai ladang lebah untuk menghasilkan madu secara besar-besaran.

Boleh tahan juga cara kedua-dua syarikat gah ini bersaing. Yang pastinya, beruntung kepada sesiapa yang berjaya memperoleh madu keluaran syarikat kereta mewah Britain ini.

Sumber 

Comments

comments