Penghulu Kampung Naik Angin 2 Beradik Potong Gelang Pink

penghulu kampung

Nampaknya masih banyak kes yang kita dapat lihat dan dengar melibatkan individu yang bertindak memotong gelang ‘pink’ atau gelang kuarantin mereka. Terbaru, satu video menunjukkan seorang penghulu kampung sangat marah terhadap dua beradik selepas mereka didapati memotong gelang KKM.

Kejadian ini berlaku di Kampung Melayu, Padang Besar Perlis dan difahamkan semua keluarga itu sepatutnya masih dalam tempoh kuarantin. Tapi malangnya, mereka melanggar arahan dan bebas keluar dari rumah hanya untuk melepak bersama rakan-rakan.

Penghulu kampung naik angin

 

Advertisement

Mungkin ada yang akan kata kenapa penghulu kampung tu marah sangat, cakap jerit-jerit, kenapa tidak cakap baik-baik. Untuk pengetahuan, keadaan menjadi buruk berpunca dari mereka selepas ada individu yang disahkan positif selepas bertemu mereka.

Memetik laporan Harian Metro, Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi, Beseri, Mata Ayer dan Chuping, Reswan Ramli telah menerima banyak aduan melibatkan keluarga tersebut yang degil.

“Saya menerima banyak aduan dan rungutan orang ramai di Padang Besar apabila melihat mereka sewenang-wenangnya keluar dan mengingkari arahan kuarantin diri di rumah untuk bertemu orang ramai.”

“Malah, salah seorang daripada mereka sanggup memotong gelang kuarantin KKM dan difahamkan tindakan mereka bertemu rakan menyebabkan ada individu mempunyai kontak dengan mereka turut positif Covid-19”

This image has an empty alt attribute; its file name is 71604128438_SuptSaifudin.jpg

2 beradik telah menerima kompaun

Dua beradik melibatkan kakak berusia 24 tahun, adik lelaki 21 tahun dan 2 lagi ahli keluarga mereka sepatutnya menjalani kuarantin di rumah dari 23 Ogos hingga 5 September ini.

Disebabkan pelanggaran ini, pihak polis telah mengenakan kompaun RM1,500 kepada kakak dan RM6,500 kepada adik lelaki. Perbezaan kompaun ini kerana adik lelaki telah menanggalkan gelang dan kakak pula keluar dari rumah dengan memakai gelang KKM.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERHarian Metro

Comments